Permohonan Sekolah Khusus Dan MRSM 2027 Dibuka! Tarikh, Syarat, PKSK Dan Panduan Lengkap Untuk Ibu Bapa
Permohonan Sekolah Khusus & MRSM 2027 Dibuka! Tarikh, Syarat, PKSK dan Panduan Lengkap Untuk Ibu Bapa Setiap tahun, ribuan ibu bapa menunggu saat yang dinanti-nantikan iaitu pembukaan permohonan Sekolah Khusus KPM dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Bagi sesi 2027, permohonan rasmi akan dibuka bermula 10 Julai 2026 sehingga 14 Ogos 2026. Jika anak anda sedang berada di Tahun 6, Tingkatan 3 atau ingin memohon ke Tahun 1 SVM, inilah masa terbaik untuk mula membuat persediaan. Ramai ibu bapa hanya fokus kepada proses permohonan. Hakikatnya, persaingan sebenar bermula apabila calon perlu menghadapi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) . Jadi, jangan tunggu saat akhir. Lagi awal membuat persediaan, lagi besar peluang anak untuk melangkah ke sekolah idaman. Siapa Yang Layak Memohon? Permohonan dibuka kepada tiga kategori utama: - Murid Tahun 6 untuk kemasukan Tingkatan 1 - Murid Tingkatan 3 untuk kemasukan Tingkatan 4 - Murid Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Ini bermaksud ...